BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Penutupan sementara separuh jalan di Kilometer 23.4 kawasan Pantai Tungku, Lebuh raya Muara-Tutong iaitu menghala ke Tungku/Muara bermula esok hingga 17 Jun.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataannya yang diterima hari ini memaklumkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya bahawa penutupan sementara dari pukul 8:30 pagi hingga 5:30 petang itu, tertakluk kepada keadaan cuaca, berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja merobohkan struktur menara UNN.
Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati semasa melalui kawasan berkenaan.
