Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Separuh jalan di Lebuh raya Tungku ditutup sementara

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Separuh jalan di Lebuh raya Tungku, hala Rimba ditutup sementara pada 9 hingga 11 Julai bermula pukul 9 pagi hingga pukul 4 petang.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan dalam kenyataannya, penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan di lebuh raya berkenaan untuk dilaksanakan.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.

    GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda