Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Separuh jalan di Terowong Jame’ ‘Asr ditutup sementara

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Separuh jalan di Terowong Jame’ ‘Asr (hala Berakas) Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah akan ditutup sementara bermula hari ini hingga 6 Julai dari pukul 11 malam hingga pukul 5 pagi.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya memaklumkan penutupan sementara itu adalah bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan di terowong tersebut.

    Sehubungan itu, JKR menasihatkan kepada orang ramai terutama para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan serta sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

    GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda