Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Separuh jalan ditutup sementara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Sebahagian Jalan di Simpang 94-23, Jalan Raja Isteri, Seria, akan di turap sementara bermula 19 September 2024 dari pukul 8:30 pagi hingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

    Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya, penutupan sementara sebahagian jalan itu adalah disebabkan kerja-kerja pembaikan paip pembetung di jalan berkenaan.

    Sehubungan itu, pengguna jalan berkenaan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang ditetapkan.

    Gambar menunjukkan jalan yang ditutup sementara semasa pelaksanaan kerja-kerja tersebut. – GAMBAR SERAHAN JKR

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda