Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Separuh jalan jambatan rentas Sungai Temburong ditutup

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT –Separuh jalan di jambatan merentasi Sungai Temburong, Pekan Bangar, di tutup sementara bermula hari ini sehingga kerja-kerja selesai.

    Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan, penutupan disebabkan perlaksanaan kerja-kerja konkrit bagi pembinaan fender jambatan berkenaan yang bermula pukul 3.30 petang hingga 7.30 malam.

    Sehubungan itu, pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Penutupan sementara sepauh jalan di jambatan merentasi Sungai Temburong. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda