Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Penutupan sementara separuh jalan Lebuhraya Tungku (Fast Lanes bagi kedua-dua hala) akan bermula pada 18 November hingga 30 Disember.
Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR), penutupan sementara itu adalah disebabkan memberi ruang kepada pihak JASTRe untuk melaksanakan kerja-kerja landskap di Lebuh raya Tungku, dan penutupan akan bermula dari pukul 7:30 pagi hingga 5:30 petang, dan 8 malam hingga 5 pagi.
Sehubungan itu, pengguna jalan berkenaan dinasihatkan untuk berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.