Thursday, December 19, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Separuh jalan Lebuh raya Tungku, hala Rimba ditutup sementara

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Lebuh raya Tungku, hala Rimba, pada 19 Disember hingga selesai bermula pukul 10 malam hingga pukul 5 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan raya dan mengecat jambatan untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di Lebuh raya Tungku. – GAMBAR SERAHAN JKR

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda