Wednesday, March 26, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Separuh Jalan Sultan Sharif Ali ditutup sementara

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Separuh jalan di Jalan Sultan Sharif Ali, Kampung Pelambayan, Mukim Kota Batu akan ditutup sementara pada 25 Mac bermula pukul 10 pagi hingga kerja-kerja selesai.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya memaklumkan penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan untuk dilaksanakan.

    JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda