Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jejambat Pangkalan Gadong, Lebuh raya Tungku, hala Jerudong dan di Jambatan Sungai Tutong, Kampung Sengkarai, Lebuh raya Tutong Telisai, hala Bandar Seri Begawan, pada 8 hingga 11 Ogos bermula pukul 9 pagi hingga pukul 4 petang.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di jejambat dan jambatan berkenaan untuk dilaksanakan.
Sehubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.



