Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepasang kekasih nafi pecah masuk premis perniagaan

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Sepasang kekasih warga tempatan menafikan dakwaan menceroboh pada waktu malam untuk mencuri dan kesalahan-kesalahan berkaitan, semasa pendengaran di Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini.

    Saufi bin Seruji, 32, dan Maslina binti Haji Metusin, 45, mengaku tidak bersalah terhadap dua dakwaan memecah masuk premis perniagaan dan satu dakwaan mencuri kereta, sementara itu Saufi juga berdepan satu lagi dakwaan menyebabkan kerosakan kepada kereta berkenaan dan satu dakwaan menukar plat kenderaan untuk mengelakkan pengecaman.

    Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni menangguhkan kes sehingga 14 Mei 2020 bagi menentukan tarikh perbicaraan.

    Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Ariffin Ismail.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda