BEIJING, 1 April – Sebuah makmal angkasa lepas yang tidak berfungsi lagi dijangka menjadi bola api cakerawala apabila ia memasuki semula atmosfera bumi dalam tempoh 24 jam akan datang, kata pihak berkuasa angkasa lepas China hari ini, mencecah kelajuan melebihi 26,000 kilometer sejam sebelum berkecai.
Kapal angkasa lepas Tiangong-1 dijangka menjunam ke bumi pada Isnin waktu Beijing, kata Angkasa Lepas China dalam satu kenyataan, anggaran yang sejajar dengan ramalan Agensi Angkasa Lepas Eropah.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)