Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Sepupu kehilangan ibu tercinta

    Salam sejahtera buat para pembaca budiman ruangan khas ini, kisah yang akan saya nukilkan ini biarlah sekadar untuk dijadikan iktibar dan renungan semata-mata.

    Kejadian tersebut masih lagi hangat untuk dikongsikan di mana ia baru sahaja berlaku pada bulan lalu. Hari tu kelihatan seperti hari-hari biasa, saya sedang menjalankan tugasan di pejabat dengan penuh dedikasi.

    Tanpa disedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tiba-tiba, telefon bimbit saya berdering, menampilkan nama sepupu saya, Anis, di skrin. Hati saya mula berdegup kencang. Dengan suara yang serak dan terbata-bata, Anis menyampaikan berita duka bahawa ibunya, Amit Hajah Timah, telah meninggal dunia secara mengejut.

    Saya terpaku, tidak percaya dengan apa yang baru didengar. Amit Timah, yang selama ini berjuang melawan kanser pangkal rahim, telah pergi meninggalkan kami. Kenangan indah bersamanya kembali menerjah di fikiran – senyumannya, ketabahannya, serta semangatnya yang luar biasa dalam menghadapi penyakitnya.

    Saya segera meninggalkan pejabat, dengan hati yang penuh dengan kesedihan dan kebingungan. Setibanya di rumah Anis, suasana pilu menyelubungi setiap ruang. Anis, yang selama ini kelihatan tabah dan kuat, kini menangis tersedu-sedu di sudut bilik. Saya memeluknya erat, cuba memberikan ketenangan walaupun hati saya sendiri hancur.

    Gambar Freepik

    Melihat Anis yang kehilangan seorang ibu yang menjadi sandarannya selama ini, saya sedar betapa rapuhnya kehidupan ini. Amit Timah adalah seorang ibu yang penyayang, sentiasa memberikan dorongan dan nasihat yang membina. Pemergiannya meninggalkan kekosongan yang sukar diisi.

    Kehilangan ini mengingatkan kita semua betapa pentingnya menghargai setiap detik bersama orang yang kita sayangi. Hidup ini begitu singkat dan tidak dapat diduga. Hanya dengan kasih sayang dan kenangan indah, kita mampu meneruskan hari-hari mendatang dengan tabah. Semoga roh Amit Timah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

    Ezyan

    NASIHAT DANG MP

    Takziah diucapkan kepada Anis dan keluarga, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Apa yang boleh Dang MP pesan adalah Anis sentiasa mendoakan agar rohnya tenteram bersama dengan orang-orang beriman.

    Sentiasa juga sedekah Al-fatihah dan mohon diampunkan dosa-dosanya. Kita sebagai anak yang terbaik boleh dilakukan adalah sentiasa mendoakannya selain menjaga dan memelihara hubungan baik dengan saudara-saudara lain atau kenalan arwah Amit Timah.

    Dang MP juga doakan agar Anis terus tabah dan kembali bersemangat. Semoga masa dapat mengubat hati yang sedih. Jangan dilupakan bahawa Anis masih ada adik-beradik, saudara mara dan rakan sekeliling yang boleh memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk ani menghadapi hari-hari mendatang.

    Seperti yang Ezyan katakan, benarlah hidup ini hanya sementara. Seperti lagu dari sebuah nasyid dari Indonesia yang mengatakan, ‘Dunia ini tempat meninggal dan akhirat tempat kita tinggal’.

    Maka eloklah kita semua menghargai setiap saat bersama yang disayangi di samping mengamalkan perbuatan baik dan menjauhi dosa.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    34 keluarga mangsa musibah terima bantuan

    MGCSB anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya tahunan

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    Berita Berkaitan

    MGCSB anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya tahunan

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 21 NOV - Mashhor General...

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    SINGAPURA, 21 NOV - Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya...

    Lebih 400 juta kanak-kanak terjejas akibat kemiskinan – UNICEF

    GENEVA, 21 NOV – Seramai 417 juta kanak-kanak di...

    PBB rai lima aktivis belia guna teknologi bagi tujuan perubahan positif

    GENEVA, 21 NOV - Lima aktivis muda dari seluruh...

    Terkini

    34 keluarga mangsa musibah terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    MGCSB anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya tahunan

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 21 NOV - Mashhor General...

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    SINGAPURA, 21 NOV - Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya...

    Sidang media luar biasa PM Anwar di dapur pesawat

    KUALA LUMPUR, 21 NOV - Suasana sidang media kali...