Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepupu Zoey Rahman antara mangsa maut nahas bas

    Pelakon Zoey Rahman mengesahkan sepupunya antara mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, kelmarin.

    Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 40, terkejut menerima khabar duka melalui hantaran WhatsApp mengenai arwah iaitu Fakhrul Arif Rosli.

    “Saya menerima khabar tersebut subuh tadi dalam group WhatsApp keluarga.

    “Mula-mula kami tidak tahu arwah selamat atau tidak, cuma tahu 15 orang saja yang meninggal.

    “Tapi selepas beberapa minit baru dapat berita mengesahkan dia meninggal di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo, kelmarin.

    Zoey mengakui terkejut menerima khabar duka Allahyarham Fakhrul (kanan) antara pelajar UPSI yang terkorban dalam nahas bas di Gerik. – kosmo

    Difahamkan, arwah sedanng dalam perjalanan pulang dari kampung halaman di Pasir Akar, Jerteh, Terengganu ke UPSI, Tanjung Malim, Perak selepas menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.

    Pada masa sama, pelakon drama From Saga With Love itu turut menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat pendiam dan baik.

    Berkongsi lanjut, Zoey memaklumkan masih menunggu berita terkini daripada keluarga arwah di hospital.

    “Sekarang saya juga masih tunggu kemas kini daripada keluarga arwah kerana mereka sudah sampai di sana.

    “Jenazah kelmarin masih lagi di hospital untuk bedah siasat,”tuturnya. Selain itu, dia berharap keluarga mangsa terlibat terus kuat menghadapi ujian berat ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda