Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seragamkan cuti rehat

    Saya ada terbaca sebuah artikel dari negara jiran mengenai pengumuman perubahan jadual hari bekerja bagi penduduknya dari hari Jumaat dan Sabtu ditukar pada hari Sabtu dan Ahad.

    Di negara ini, waktu bekerja dan bersekolah bagi kebanyakan pejabat dan sekolah adalah pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu, manakala cuti pada hari Jumaat dan Ahad.

    Selain itu, ada juga pejabat yang beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu.

    Pada pandangan saya, cuti rehat begini boleh mendatangkan kesusahan kepada para pekerja yang cuti pada hari Sabtu sedangkan anak-anaknya bersekolah pada hari tersebut.

    Saya juga ada terdengar rintihan segelintir pelajar sekolah yang mengatakan mereka kurang rehat setiap minggu setelah terpaksa hadir lagi ke sekolah pada hari Sabtu. Di sini, saya ingin mencadangkan agar pihak berwajib melihat ke arah keseragaman cuti rehat yang sama bagi pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah, sama ada cuti pada Jumaat dan Sabtu atau Sabtu dan Ahad.

    Ini boleh memberi banyak kebaikan seperti anak-anak dapat rehat yang mencukupi serta keluarga dapat meluangkan lebih masa rehat bersama. Hal ini mungkin boleh mengurangkan masalah mental yang sering kita dengari sejak kebelakangan ini. Saya juga percaya perubahan ini dapat meningkatkan produktiviti dan moral pekerja.

    Jadual kerja yang konsisten selama lima hari dalam seminggu dapat memberi keseimbangan persekitaran kerja dan kehidupan yang lebih baik sekali gus meningkatkan fokus dan kecekapan bekerja.

    NeedRest

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda