Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Seramai 254 bakal dhuyufurrahman bertolak ke Madinah

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Penerbangan pertama yang membawa seramai 254 orang bakal dhuyufurrahman telah bertolak meninggalkan Negara Brunei Darussalam menggunakan pesawat Penerbangan Diraja Brunei BI4201, pagi tadi.

    Penerbangan berkenaan dijangka tiba di Madinah pada pukul 2:40 petang waktu tempatan (waktu Madinah).

    Turut mengiringi rombongan penerbangan berkenaan ialah tiga pegawai pejabat urusan jemaah haji Negara Brunei Darussalam (perubatan) yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua orang perempuan, serta pegawai-pegawai Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB) dan Straits Central Agencies Sdn Bhd (SCA).

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi me-ngucapkan selamat belayar ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah Al Buraithin.

    Pada penerbangan berkenaan, seramai 126 orang bakal jemaah haji iaitu 49 orang lelaki dan 77 orang perempuan mengikuti pakej di bawah DSSB, manakala seramai 125 orang lagi iaitu 60 orang lelaki dan 65 orang perempuan mengikuti pakej SCA.

    Doa Selamat dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Awang Zulkifli bin Haji Murat manakala azan dilaungkan oleh Pegawai Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Haji Hamdini bin Haji Garif.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) di Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di KHEU, Awang Misle bin Haji Abdul Karim; dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di KHEU, Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham dan TYT Mohammed Abdullah Al Buraithin semasa mengucapkan selamat belayar kepada bakal-bakal jemaah haji.
    – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara bakal jemaah haji wanita yang sempat menerima ucapan selamat belayar. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...