Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serang masjid: Empat warga Syria ditahan

    BERLIN, 30 Mac – Empat warga Syria ditahan di Jerman kerana disyaki melakukan cubaan membunuh dan merosakkan harta benda dalam kes serangan bom Molotov di masjid yang sering dikunjungi penduduk Islam Turki, kata polis semalam.

    Serangan di bandar selatan Ulm pada 19 Mac lalu hanya menyebabkan kerosakan harta benda. Lapan orang yang berada dalam bangunan ketika serangan tidak cedera, kata polis tempatan dalam kenyataan bersama pendakwa raya Stuttgart.

    Semua suspek berusia antara 18 dan 27 tahun dan ditahan kelmarin. Seorang daripada mereka sudah mengaku, kata kenyataan itu.

    Difahamkan, suspek melontar beberapa bom Molotov ke arah bangunan itu pada kira-kira jam 3.00 pagi waktu tempatan dengan satu daripadanya menyebabkan kebakaran tetapi berjaya dipadamkan polis.

    Pendakwa raya berkata, mereka mengesyaki serangan itu bermotifkan politik, tetapi laporan agensi berita DPA menyatakan mereka enggan mengulas sama ada serangan itu adalah sebagai tindak balas terhadap serangan Turki di kawasan Afrin, Syria.

    “Siasatan termasuk motif suspek warga Syria ini masih dijalankan,” kata kenyataan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda