Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serang pengadil: didenda AS$7,000

    LONDON, 7 Feb – Denis Shapovalov dari Kanada didenda kerana memukul bola yang mengenai pengadil ketika pertandingan Piala Davis bagi negaranya menentang Great Britain, Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) mengumumkan semalam.

    Shapovalov, 17, dianggap kalah selepas menyerang pengadil, Arnaud Gabas di mata dengan bola di Ottawa pada Ahad lalu, yang memberikan kemenangan kepada pesaing perseorangan Kyle Edmund membolehkan pasukan dari Britain menang 3-2.

    ITF mendenda Shapovalov AS$7,000 (6, 520 euro), berbanding dari denda maksimum $10,000, selepas mengakui bahawa dia tidak berniat untuk menyerang Gabas selepas memukul bola di luar gelanggang dalam kekecewaan kerana kehilangan mata.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam akaun Twitter miliknya sebelum denda diumumkan, Shapovalov menulis: “Tidak terdapat sebarang alasan bagi sikap ini dan saya bertanggungjawab sepenuhnya bagi tindakan saya.

    “Saya memohon maaf kepada Gabas, di mana saya telah memohon maaf secara bersemuka. Saya memohon maaf kerana mengecewakan rakan sepasukan Piala Davis dan kerana mengecewakan negara saya. – AFP

    Pemain tenis dari Kanada, Denis Shapovalov menutup wajahnya dengan tuala selepas perlawanan itu dihentikan dan kemenangan diberikan kepada lawannya dari Britain Kyle Edmund. - AP
    Pemain tenis dari Kanada, Denis Shapovalov menutup wajahnya dengan tuala selepas perlawanan itu dihentikan dan kemenangan diberikan kepada lawannya dari Britain Kyle Edmund. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda