KABUL, 21 JULAI – Seorang pengebom berani mati meletupkan sebuah trak yang penuh dengan bahan letupan berhampiran sebuah konvoi tentera Afghanistan pada hari ini, membunuh lapan tentera, menurut kementerian pertahanan. Pihak Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan terbaharu itu. Serangan yang berlaku di daerah Sayed Abad, wilayah Wardak dekat ibu negara Kabul, turut mencederakan sembilan anggota