KANO, NIGERIA, 24 FEB – Pejuang Boko Haram menyerang bandar Nigeria, Maiduguri di timur laut, membunuh 16 orang, termasuk sembilan kanak-kanak ketika sedang bermain bola sepak di sebuah padang, kata tentera tempatan kepada AFP hari ini.
Dalam video yang tular di media sosial, ratusan orang dilihat bergegas membantu mangsa yang cedera, dengan seorang penduduk memandu kereta membawa mereka yang tercedera untuk rawatan.
Pegawai mengatakan sebelum ini 10 orang terbunuh dan 47 cedera dalam serangan semalam di bandar penduduk yang padat ketika para pejuang jihad melepaskan tembakan bom tangan.
“Angka kematian mening-kat kepada 16 orang,” kata Babakura Kolo, pemimpin tentera keselamatan kepada AFP.
Di kebanyakan tempat di Nigeria, masyarakat terpaksa bergantung dengan senjata atau militan, yang bekerja bersama tentera, untuk mempertahankan diri.

Di salah sebuah kawasan kejiranan yang diserang, Gwange, seramai sembilan kanak-kanak lelaki terbunuh ketika salah satu bahan letupan mendarat di sebuah padang di mana mereka bermain bola sepak, kata Kolo.
“Awalnya empat maut tetapi lima lagi maut akibat kecederaan serius yang mereka alami akibat letupan itu.”
Seorang anggota tentera lain, Umar Ari, memberikan angka kematian yang sama dan mengatakan ia masih boleh meningkat kerana ramai yang tercedera.
Saksi mata Sama’ila Ibrahim mengatakan pejuang jihad melintasi kubu parit di sekitar Maiduguri, menyebabkan penduduk panik untuk menyelamatkan diri.
Serangan oleh kumpulan itu di ibu kota wilayah biasanya digagalkan dalam pertempuran senjata sengit dengan pasukan Nigeria, tetapi mereka telah melepaskan tembakan ke kawasan perumahan pada masa lalu, sehingga mencederakan beberapa orang. – AFP