Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan bom di Afghanistan ragut pegawai polis

    JALALABAD, Afghanistan, 1 Nov – Seorang pegawai polis Afghanistan terbunuh dan enam lagi lainnya mengalami kecederaan dalam serangan bom yang berlaku di wilayah Nangarhar, pada Rabu, kata jurucakap kerajaan wilayah.

    “Sebuah lombong yang diletakkan di dalam kereta Jan Mohammad, komander Polis Tempatan Afghanistan (ALP) di Daerah Pachir Wagam, meletup kira-kira pukul 10 pagi waktu setempat (0530 GMT) Rabu, membunuhnya dan mencederakan empat anggota ALP,” kata jurucakap Ataullah Khogyani memberitahu Xinhua.

    Dua kanak-kanak yang melalui kawasan kejadian itu juga mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital, tambahnya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda