Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan bom korban 8 penumpang

    PESHAWAR, 30 Jan – Satu letupan terbaru yang berlaku di tepi jalan yang menyasarkan penganut Syiah telah membunuh lapan orang termasuk tiga wanita dan seorang kanak-kanak di barat laut Pakistan di laluan kabilah berdekatan sempadan Afghanistan.

    Kejadian itu berlaku di kawasan yang didominasi oleh penganut Syiah di kawasan Maqbal di daerah kabilah Kurram. Bom itu meledak ketika sebuah van melalui sebatang jalan yang membawa sembilan orang penumpang.

    Menurut pegawai kanan kerajaan setempat, Basir Khan kepada AFP, lapan orang penumpang termasuk tiga wanita dan seorang budak lelaki berusia tujuh tahun telah terbunuh akibat letupan itu. Dia menambahkan pihak berkuasa telah menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti mangsa yang terlibat namun bukti awal menunjukkan bahawa kesemua penumpang itu adalah penganut Syiah.

    Pegawai perisikan setempat telah mengesahkan kejadian dan kematian akibat serangan itu.

    Sebelum ini, bahagian Kurram Atas telah menyaksikan beberapa kejadian serangan bom yang menyasarkan para penganut Syiah.

    Seorang mangsa yang terselamat akibat serangan bom dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan di daerah puak Kurram, Pakistan, semalam. – AFP

    Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, namun penganut ahli Sunnah Pakistan sering kali dituduh terhadap keganasan yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan.

    Kumpulan militan ahli Sunnah yang mempunyai pertalian dengan Al-Qaeda dan Taliban sering membuat serangan terhadap penganut Syiah, yang membentuk kira-kira 20 peratus dari jumlah penduduk di negara itu.

    Kurram merupakan salah satu wilayah semi-autonomi yang membentuk jalur kabilah di sepanjang sempadan Afghan. Kumpulan militan yang mempunyai pertalian dengan Taliban dan Al-Qaeda telah menjadikannya sebagai kawasan perlindungan bagi selama lebih satu dekad.

    Daerah-daerah kabilah merupakan antara kawasan termiskin di Pakistan dan sering kali diabaikan oleh Islamabad.

    Mereka juga kekal sebagai sasaran utama bagi kumpulan-kumpulan militan meskipun terdapat peningkatan secara dramatik dalam keselamatan di negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda