Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Serangan buaya semakin kerap

    Serangan buaya pada masa ini dilihat semakin kerap berlaku di negara kita. Undang-undang perlindungan buaya yang ada sekarang wajar diteliti semula kerana keberkesanannya semakin dipersoalkan.

    Langkah pemindahan buaya ke lokasi lain juga seolah-olah tidak banyak membantu, malah dilihat sebagai satu pembaziran masa dan perbelanjaan.

    Pengalaman yang dikongsi oleh seorang pengguna media sosial baru-baru ini benar-benar menggambarkan situasi yang membimbangkan.

    Beliau menceritakan keadaan menakutkan ketika menaiki bot di sungai sekitar kawasan Labi pada waktu malam, di mana sepanjang beberapa jam perjalanan terlihat banyak pantulan mata buaya di permukaan sungai. Menurut pemandu bot ketika itu, jarak antara mata buaya boleh dijadikan ukuran saiz reptilia berkenaan — semakin jauh jaraknya, semakin besar haiwan itu.

    Perkara ini menunjukkan populasi buaya di sungai kita semakin meningkat, sekali gus mendatangkan kebimbangan kepada keselamatan penduduk.

    Negara jiran sudah mula mengambil langkah tertentu dalam menangani isu ini.

    Persoalannya, bilakah kita akan bertindak lebih awal dan tidak hanya menunggu selepas berlakunya insiden yang tidak diingini?

    Anonimus

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...