Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Serangan di barat laut Pakistan ragut nyawa 2 askar, 2 militan

    PESHAWAR, PAKISTAN, 4 JUN – Taliban Pakistan atau TTP mengaku bertanggungjawab atas serangan di barat laut Pakistan yang menyebabkan dua askar dan dua militan terbunuh.

    Tentera berkata dalam satu kenyataan bahawa militan melepaskan tembakan ke arah pusat pemeriksaan keselamatan petang kelmarin di kawasan Jani Khel di daerah Bannu di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, yang membawa kepada pertempuran dengan tentera Pakistan.

    Operasi mencari sedang dijalankan untuk mengesan kumpulan militan di sebalik serangan itu.

    Jurucakap TTP Mohammad Khorasani berkata dalam satu kenyataan di laman web mereka bahawa kumpulan itu melakukan serangan bersama dengan kerjasama satu lagi puak Taliban Pakistan yang dikenali sebagai kumpulan Hafiz Gul Bahadur.

    Kumpulan militan itu telah menjauhkan diri daripada TTP dan melakukan serangan secara bebas.

    Taliban Pakistan merupakan kumpulan berasingan tetapi bersekutu dengan Taliban Afghanistan, yang mengambil alih Afghanistan pada Ogos 2021, berikutan penarikan pasukan Amerika Syarikat (AS) dan NATO dari negara itu. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    Banjir buruk Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

    HANOI, 23 NOV - Banjir berterusan yang melanda kawasan...

    30 militan terkorban dalam operasi dekat dua sempadan

    ISLAMABAD, 20 NOV - Pasukan keselamatan Pakistan membunuh 30...

    Kemalangan membabitkan 13 kenderaan ragut 2 nyawa, 4 cedera

    SEOUL, 18 NOV - Dua maut manakala empat lagi...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...