Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan di sekolah bunuh lapan kanak-kanak

    KUMBA, CAMEROON, 25 OKT – Sekurang-kurangnya lapan orang kanak-kanak dibunuh oleh penyerang menggunakan senjata api dan parang di sebuah sekolah di barat daya Cameroon semalam, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan sekolah dwibahasa itu yang terletak di bandar raya ini.

    Namun, kawasan berkenaan diancam keganasan tercetus antara puak pemisah ‘anglophone’ (bertutur dalam Bahasa Inggeris) dengan pasukan kerajaan sejak tiga tahun lalu.

    “Sekurang-kurang lapan kanak-kanak maut akibat ditembak dan diserang dengan parang di Akademi Dwibahasa Antarabangsa Mother Francisca.

    “Seramai 12 orang lagi cedera dan dibawa ke hospital tempatan,” menurut Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB dalam satu kenyataan.

    Serangan itu disifatkan sebagai antara yang terburuk di wilayah terbabit, setakat ini.

    Wilayah barat daya dan barat laut Cameroon yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan, telah lama menentang diskriminasi yang didakwa membabitkan golo-ngan majoriti berbahasa Perancis di negara ini.

    Kedua-dua wilayah itu menjadi pusat konflik membabitkan militan pemisah yang menyasarkan tentera dan menuntut sekolah serta pejabat kerajaan tempatan ditutup. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda