Saturday, September 14, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan dolfin cetus amaran di Jepun

    TOKYO, 27 OGOS – Pihak berkuasa di tengah Jepun menggesa pengunjung pantai mengelakkan ikan lumba-lumba selepas peningkatan mendadak dalam insiden gigitan, dengan seorang pakar berkata puncanya mungkin seekor dolfin yang suka bermain.

    Tahun ini menyaksikan 18 orang perenang digigit di beberapa pantai di wilayah Fukui setakat ini, menurut pengawal pantai Tsuruga tempatan, yang hanya mencatatkan beberapa kecederaan berkaitan ikan lumba-lumba setiap tahun sejak dua tahun kebelakangan ini.

    Kebanyakan luka gigitan adalah kecil – ada yang hanya kesan calar – tetapi dalam satu kejadian baru-baru ini, seorang kanak-kanak sekolah rendah memerlukan 20 hingga 30 jahitan, kata pegawai pengawal pantai, Shoichi Takeuchi kepada AFP. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda