ADEN, 23 Jan – Tujuh suspek militan Al-Qaeda terbunuh dalam serangan dron di tengah Yaman, dipercayai angkara tentera Amerika Syarikat (AS), kata sumber keselamatan semalam.
Seorang pegawai keselamatan yang enggan didedahkan identitinya berkata, ‘tentera bersenjata Al-Qaeda’ terbunuh ketika kenderaan mereka diserang pada Sabtu di Sawmaa, dalam wilayah al-Bayda.
Menurut seorang lagi pegawai, serangan kedua di wilayah yang sama mengorbankan tiga suspek militan yang sedang menunggang motosikal. Serangan pada Jumaat pula mengorbankan jurulatih tentera tempatan Al-Qaeda. AS menyifatkan kumpulan militan Al-Qaeda Semenanjung Arab (AQAP) cawangan Yaman itu, adalah kumpulan paling berbahaya.
Operasi menggunakan dron adalah satu-satunya dilakukan ke atas mereka di Yaman. – AFP