Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Serangan dron paling penting’ dilancarkan ke atas Kyiv

    KYIV, 28 MEI – Rusia melancarkan serangan dron ‘paling penting’ ke atas Kyiv kelmarin dan hari ini sejak bermulanya pencerobohan, menurut pihak berkuasa tentera.

    Sebanyak 40 daripada 54 dron yang dilancarkan menyasarkan ibu kota, membunuh dua orang dan mencederakan tiga lainnya.

    “Secara keseluruhan jumlah serangan dron yang dilancarkan ialah 54,” kata tentera udara Ukraine dalam Telegram hari ini.

    “Ia merupakan serangan dron paling penting ke atas ibu kota sejak bermulanya pencerobohan” pada Februari 2022, menurut pentadbiran tentera serantau melalui Telegram.

    Serangan itu “berlaku dengan beberapa gelombang dan amaran serangan udara yang berlangsung lebih lima jam!”

    Gambar bertarikh 28 Mei menunjukkan serpihan dron selepas ia ditembak jatuh semasa serangan dron Rusia yang menyasarkan ibu kota Ukraine, Kyiv.- AFP

    “Menurut laporan awal lebih 40 buah dron Rusia berjaya dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara Kyiv,” tambah pentadbiran tentera.

    Selepas dron-dron tersebut musnah, “Serpihan jatuh ke atas bangunan tujuh tingkat” di daerah Golosiivskii, membunuh seorang dan mencederakan seorang lagi.

    Kebakaran berlaku di zon gudang menyebabkan api meledak 1,000 meter ke langit dan turut membunuh seorang, kata pentadbiran tentera.

    “Perkhidmatan kecemasan berada di kesemua kawasan,” kata pihak berkuasa serantau.
    Di kawasan Solomianskii, seorang lelaki berusia 41 tahun dan seorang wanita berumur 35 tahun mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital, kata datuk bandar Kyiv, Vitali Klitschko. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda