Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Serangan gereja di Nigeria, angka korban meningkat kepada 40

    ABUJA, 9 JUN – Jumlah kematian akibat serangan senjata api ke atas sebuah gereja Katolik di barat daya Ondo, Nigeria telah meningkat kepada 40 orang dan jumlah yang cedera kepada 61 orang, menurut pihak berkuasa tempatan kelmarin.

    Serangan lelaki bersenjata semasa perkumpulan di gereja St. Francis pada Ahad lalu ialah serangan yang jarang berlaku di wilayah tersebut yang biasanya dianggap lebih selamat daripada yang lain di negara itu.

    “Jumlah kematian dicatatkan sekarang ialah 40,” kata Gabenor Arakunrin Oluwarotimi Akeredolu dalam satu kenyataan kelmarin.

    “Manakala yang dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan adalah seramai 61 orang,” katanya sambil menambah 26 yang lain telah dibenarkan untuk keluar.

    “Bilangan yang maut dan cedera termasuk golongan kanak-kanak,” kata pihak berkuasa.

    Seorang mangsa serangan Gereja Katolik St. Francis menerima rawatan di Hospital Katolik St Louis pada Isnin lalu. – AP

    Manakala itu, gabenor pada Selasa lalu telah memberikan jumlah kematian sebanyak 22 orang dan seramai 58 lagi cedera.

    Sementara itu, pihak polis turut melaporkan bahawa lelaki bersenjata tersebut bersembunyi di kalangan jemaah di dalam gereja dan turut melepaskan tembakan ke arah jemaah melalui tingkap dari luar.

    Selain itu, serpihan bahan letupan dan tiga butir alat letupan buatan yang tidak meletup juga ditemui di tempat kejadian.

    Seorang paderi yang mengendalikan upacara berkenaan memberitahu AFP bahawa sebilangan jemaah berjaya bersembunyi di dalam bilik persalinan pakaian bersama kanak-kanak, selama kira-kira 20 minit sebelum berlakunya insiden pembunuhan beramai-ramai. Hingga kini serangan itu masih tidak dituntut.

    Pertumpahan darah itu “tidak dapat dijelaskan. Tiada perkataan untuk menggambarkannya,” tambah gabenor itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...