Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan harimau kedua dalam beberapa hari

    BANDA ACEH, INDONESIA, 1 FEB – Seekor harimau Sumatera telah menyerang dan mencederakan dua petani di sebuah pekan kecil Indonesia hari ini, serangan kedua seumpamanya dalam beberapa hari, ketika pegawai-pegawai berikrar untuk menangkap kucing besar atau kucing-kucing yang bertanggungjawab.

    Serangan terbaharu itu berlaku di kawasan hutan simpan yang dilindungi di wilayah Aceh, terletak di hujung utara pulau Sumatera, di barat negara itu, kira-kira pukul 2 pagi.

    Ia menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius di kepala, tangan dan kaki, sebuah agensi pemuliharaan tempatan memberitahu AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda