Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan Israel di Damsyik ragut 2 nyawa

    DAMSYIK, 21 FEB – Serangan Israel melanda kawasan perumahan di ibu negara Syria hari ini, membunuh dua orang dan menyebabkan kerosakan harta, kata televisyen Syria. Tiada pengesahan mengenai serangan dari Israel.

    Televisyen Syria melaporkan beberapa peluru berpandu mengenai kawasan kejiranan barat Kfar Sousseh tetapi tidak menjelaskan atau menyatakan siapakah yang terbunuh. Stesen radio Sham FM berkata serangan itu terkena sebuah bangunan berhampiran sekolah Iran.

    Agensi berita negara SANA, memetik seorang pegawai tentera yang tidak disebutkan namanya sebagai berkata peluru berpandu Israel ditembak dari arah Bukit Golan yang diduduki Israel dan mengenai sebuah bangunan, membunuh dua orang awam dan mencederakan seorang lagi.

    Rami Abdurrahman, yang mengetuai Pusat Hak Asasi Syria, sebuah badan pemantau perang pembangkang yang berpangkalan di Britain, berkata kedua-dua yang terbunuh berada di dalam sebuah apartmen tetapi tidak memberikan sebarang petunjuk tentang identiti mereka.

    Beliau menambah serangan itu serupa dengan pembunuhan Saleh Arouri, seorang pegawai tinggi kumpulan pejuang Hamas, Palestin di Beirut bulan lalu.

    Serangan itu merosakkan tingkat empat bangunan 10 tingkat, cermin tingkap pecah di bangunan berhampiran dan turut merosakkan puluhan kereta yang terletak di kawasan itu.

    Sebuah bas kosong diletak di Sekolah Persendirian Al-Bawader juga rosak dan orang ramai dilihat bergegas ke sekolah untuk mengambil anak-anak mereka.

    Israel telah melakukan ratusan serangan ke atas sasaran di dalam kawasan yang dikawal kerajaan di Syria yang dilanda perang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – AP

    Orang ramai membersihkan serpihan selepas serangan Israel ke atas Syria, di daerah Kfar Sousseh, di Damsyik, Syria pada 21 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda