Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan Israel langgar Resolusi 1701 – UNIFIL

    NEW YORK, 17 NOV – Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) berkata anggota tenteranya telah ditembak oleh tentera Israel dalam insiden terbaharu yang menyasarkan pasukan pengaman PBB itu, lapor Agensi Berita Emiriah (Wam).

    UNIFIL menjelaskan bahawa insiden tembakan itu merupakan satu pelanggaran serius terhadap Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB, yang mengakhiri konflik 2006 antara Israel dan Hizbullah dan turut menjadi asas kepada genjatan senjata pada November lalu.

    “Sekali lagi, kami menggesa IDF menghentikan sebarang tindakan agresif dan serangan terhadap atau berhampiran pasukan pengaman,” kata UNIFIL kelmarin. – Bernama/Wam

    Sebuah kenderaan UNIFIL meronda di bahagian sempadan Lubnan yang memisahkan utara Israel dari selatan Lubnan kelmarin. UNIFIL dakwa serangan Israel langgar Resolusi 1701 baru-aru ini.– Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda