Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan Israel ragut 15 nyawa

    BEIRUT, 19 FEB – Serangan udara Israel di Syria mengorbankan 15 orang dan merosakkan bangunan di daerah Damsyik yang menempatkan beberapa agensi keselamatan negara.

    Orang awam, termasuk dua wanita antara yang terbunuh dalam serangan Israel yang paling dahsyat di ibu negara Syria setakat ini, kata ketua pejabat pemantau Syria untuk Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman.

    Serangan itu merosakkan bangunan 10 tingkat berhampiran pusat kebudayaan Iran di daerah Kafr Sousa, yang menempatkan pegawai kanan dan ibu pejabat perisikan Syria, kata pejabat pemantau yang berpangkalan di Britain.

    Sasaran sebenar serangan tidak diketahui namun AFP melaporkan terdapat kesan kawah besar dan sisa runtuhan. – AFP

    Pegawai keselamatan Syria memeriksa kerosakan di kawasan perumahan selepas serangan udara Israel di bandar Damsyik, Syria kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda