Monday, October 21, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan Israel ragut 400 nyawa

    SEMENANJUNG GAZA, 20 OKT – Agensi pertahanan awam Gaza kelmarin berkata bahawa operasi ketenteraan besar-besaran Israel telah membunuh lebih 400 orang dalam tempoh dua minggu di utara wilayah itu, di mana Israel terus menyerang sasaran semasa memerangi pejuang Hizbullah di Lubnan.

    Pejuang Hizbullah sekutu Hamas telah berjanji untuk meningkatkan serangan ke atas Israel beberapa minggu selepas perang besar yang tercetus pada 23 September, melancarkan serangan roket kelmarin di utara Israel, di mana pasukan penyelamat melaporkan seorang lelaki terbunuh terkena serpihan.

    Menurut pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, serangan dron dari Lubnan menyasarkan kediamannya di bandar pesisir pantai Caesarea, namun keluarganya tiada di sana pada masa itu dan tiada kecederaan dilaporkan.

    Serangan terbaharu berlaku ketika pejuang Hamas, Hizbullah dan kumpulan sekutu yang disokong Iran di rantau itu berikrar untuk terus berperang selepas tentera Israel membunuh ketua pergerakan Palestin, Yahya Sinwar di Gaza, lebih setahun selepas perang yang dicetuskan oleh serangan Hamas pada 7 Oktober 2023. – AFP

    Rakyat Palestin sedang menunggu trak bantuan di tengah Semenanjung Gaza pada 19 Mei lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda