Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan kapak: Mangsa putus tangan, tengkorak retak

    PARIS, 4 NOV – Empat individu cedera, dua daripadanya parah, dalam insiden serangan menggunakan kapak ketika berlaku pergaduhan di dalam sebuah kereta api pinggir bandar di luar Paris, menurut sumber polis, hari ini.

    Sumber itu turut memaklumkan, seorang mangsa putus tangan manakala seorang lagi mengalami retak pada tengkorak.

    Dua lagi mangsa mengalami kecederaan ringan.

    Beberapa individu, termasuk remaja bawah umur, terlibat dalam pergaduhan yang tercetus sekitar jam 8 pagi waktu tempatan, menurut sumber tersebut.

    Insiden itu berlaku ketika kereta api ekspres RER berhenti di stesen Ozoir-la-Ferriere, di tenggara Paris.

    Menurut pengendali kereta api, SNCF, keganasan tersebut tidak menjejaskan laluan trafik di laluan RER E yang menghubungkan kawasan timur-barat Paris serta kawasan pinggir bandarnya memandangkan kereta api berada di stesen. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda