Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan masjid di Burkina Faso ragut puluhan nyawa

    OUAGADOUGOU, 26 FEB – Serangan ke atas sebuah masjid di timur Burkina Faso telah membunuh puluhan orang Islam pada hari yang sama ketika satu lagi serangan maut terhadap penganut Katolik yang menghadiri upacara agama, beritahu sumber tempatan dan keselamatan kepada AFP, hari ini.

    “Individu bersenjata menyerang sebuah masjid di Natiaboani sekitar jam 5 pagi kelmarin, mengakibatkan puluhan orang terbunuh,” kata sumber keselamatan.

    “Mangsa semuanya beragama Islam, kebanyakannya lelaki” yang datang menunaikan solat Subuh, kata seorang penduduk tempatan melalui telefon.

    Satu lagi sumber tempatan berkata ‘pengganas memasuki bandar itu pada awal pagi.

    Mereka mengepung masjid dan menembak ke arah jemaah yang berkumpul di sana untuk solat pertama hari itu’.

    Gambar Freepik

    “Beberapa orang ditembak, termasuk seorang pemimpin agama yang penting,” tambah sumber itu.

    Askar dan anggota Sukarelawan untuk Pertahanan Tanah Air (VDP), pasukan awam yang menyokong tentera, juga menjadi sasaran ‘kumpulan penjenayah yang datang dalam jumlah ramai’, kata sumber yang sama.

    Sumber itu menggambarkan kejadian itu sebagai ‘serangan besar-besaran’ dari segi jumlah penyerang, yang turut menyebabkan kerosakan yang besar.

    Natiaboani merupakan sebuah komuniti luar bandar kira-kira 60 kilometer di selatan Fada N’Gourma, bandar utama di wilayah timur Burkina Faso, yang telah mengalami serangan berkala oleh kumpulan bersenjata sejak 2018.

    Pada hari yang sama dengan serangan ke atas masjid itu, kira-kira 15 orang awam terbunuh dan dua lagi cedera semasa serangan ke atas gereja Katolik kelmarin di utara Burkina Faso, kata seorang pegawai kanan gereja. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda