Monday, December 30, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan mortar korban lima orang

    KABUL, 17 Jan – Pegawai Afghanistan berkata semalam satu serangan mortar telah dilancarkan di utara wilayah Faryab, membunuh seramai lima orang.

    Karim Yuresh, jurucakap bagi ketua polis wilayah berkata serangan berlaku ketika bazar mingguan di daerah Khwaja Sabz Push, yang mengalami sebanyak tiga serangan peluru mortar pagi semalam. Menurutnya lagi, seramai 45 orang termasuk perempuan dan kanak-kanak turut tercedera akibat serangan itu.

    Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan, tetapi Yuresh menuduh kumpulan Taliban bertanggungjawab terhadap serangan itu.

    Sementara itu di Kabul, pemangku jurucakap bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Nasart Rahimi berkata pasukan keselamatan telah menangkap tiga orang suspek berikutan serangan roket pada lewat Isnin di Wazir Akbar Khan, sebuah pusat utama kejiranan di ibu negara Afghanistan yang banyak menempatkan misi perwakilan diplomatik, agensi berita dan badan bukan kerajaan.

    Rahimi berkata tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda