Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan nekad cedera 9 orang

    TUNIS, 27 JUN – Dua pengebom berani mati menyerang polis dan pengawal negara di ibu negara Tunisia hari ini, mencedera sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk beberapa orang awam, kata kementerian dalam negeri.

    Satu serangan di jalan utama Tunis mencederakan tiga orang awam dan dua kakitangan polis, kata kementerian dalam negeri.

    Bahagian tubuh badan mangsa bertaburan di jalan sekitar kereta polis di jalan Habib Bourguiba berdekatan dengan bandar lama, menurut seorang wartawan AFP.

    “Ia adalah serangan nekad, yang berlaku pada pukul 10:50 pagi di Habib Bourguiba, beritahu jurucakap Kementerian Dalam Negeri Sofiene Zaag kepada AFP. Pengebom berani mati tidak membunuh sesiapa ‘tetapi lima orang cedera – tiga orang awam dan dua pegawai polis,” tambah Zaag.

    Serangan kedua menyasarkan sebuah pangkalan pengawal negara di ibu negara dan mencedera empat kakitangan keselamatan, kata kementerian. “Pada pukul 11:00 pagi, seorang individu meletup dirinya di luar pintu belakang pangkalan, mencedera empat kakitangan keselamatan,” kata Zaag.

    Orang melarikan diri dalam keadaan panik, sebelum beberapa orang mengerumuni tempat serangan, meluahkan rasa marah pada pihak berkuasa. Kedai dan pejabat ditutup oleh polis. – AFP

    Anggota keselamatan Tunisia menutup tapak serangan di jalan utama ibu negara Tunisia Habib Bourguiba kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda