Tuesday, December 31, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan pemberontak digagalkan

    HANOI, 8 Jan – Angkatan tentera Filipina telah menggagalkan serangan Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di bahagian selatan negara itu semalam, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

    Terdahulu pada Sabtu, kira-kira 50 pemberontak BIFF menyerang Maitumaig, sebuah kampung terpencil di pekan Datu Unsay dalam wilayah Maguindanao di selatan Filipina sekali gus mencetuskan satu pertempuran yang meragut nyawa seorang anggota tentera serta sembilan militan, kata jurucakap tentera Kapten Arvin Encinas.

    Angkatan tentera kerajaan menggunakan pesawat dan artileri untuk menggempur BIFF sehingga puak pemberontak itu mengundurkan diri.

    Tentera Filipina telah bekerjasama dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk mempertingkat operasi terhadap BIFF sejak Ogos tahun lepas.

    MILF telah memeterai perjanjian damai dengan kerajaan pada 2014 manakala BIFF, sebuah kumpulan serpihan MILF, menentang pakatan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda