Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan pemberontak korban tujuh nyawa di Kashmir

    SRINAGAR, India, 31 Dis – Pemberontak yang disyaki telah menyerang sebuah kem separa tentera di Kashmir India awal hari ini mengorbankan tujuh orang termasuk tiga penyerang maut, kata jurucakap pasukan keselamatan.

    Militan bersenjata melontarkan bom tangan dan melepaskan tembakan raifal automatik untuk memasuki kem Pasukan Polis Simpanan Pusat (CRPF) di luar bandar utama Srinagar, mencetuskan berbalas-balas tembakan ketika ratusan askar dan polis khas pencegah pemberontakan mengepung kawasan tersebut.

    “Tiga askar mati dalam pertempuran itu dan yang lain mati tertangkap semasa operasi berterusan. Tiga pengganas juga terbunuh,” kata jurucakap CRPF, Rajesh Yadav kepada AFP.

    Tiga pasukan separa tentera juga cedera, kata Yadav.

    Ia masih tidak jelas berapa ramai kakitangan di dalam kem tersebut semasa serangan itu, yang muncul beberapa hari selepas pasukan India membunuh pemimpin tertinggi kumpulan militan Jaish-e-Mohammad (JeM) yang berpangkalan di Pakistan dalam kejadian berbalas tembakan berhampiran. – AFP

    Seorang lelaki Kashmir bersama anaknya berjalan melintasi askar separa tentera India yang mengawal di luar kem tempat pemberontak disyaki menyerang kem separa tentera di selatan kampung Lethpora di Kashmir yang dikawal India, pada 31 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda