Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan ransomware bahayakan pusat kesihatan

    WASHINGTON, 1 NOV – Para penggodam telah meningkatkan serangan terhadap sistem penjagaan kesihatan dengan ransomware di Amerika Syarikat dan negara-negara lain, mencetuskan risiko baharu untuk penjagaan perubatan ketika pandemik koronavirus global bertambah.

    Makluman daripada pihak berkuasa AS dan penyelidik keselamatan menekankan gelombang serangan siber di hospital yang menghadapi peningkatan jangkitan virus.

    Amaran luar biasa minggu ini dari FBI dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, memberi amaran terhadap ancaman tersebut.

    “Ketiga-tiga agensi itu mempunyai maklumat yang boleh dipercayai mengenai ancaman jenayah siber yang meningkat terhadap hospital AS dan penyedia perkhidmatan kesihatan,” kata amaran yang dikeluarkan pada Rabu lalu, yang meminta sistem kesihatan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan tepat pada masanya untuk melindungi rangkaian mereka dari ancaman ini.

    Laporan media menyebut beberapa hospital AS diserang ransomware.

    Salah satunya, Pusat Perubatan Universiti Vermont, mengatakan dalam satu kenyataan pada Khamis lalu bahawa pihaknya bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang mengenai serangan siber yang kini disahkan yang telah mempengaruhi beberapa sistem kami yang telah memberi kesan berubah-ubah pada perawatan pesakit. – AFP

    Kira-kira 400 buah hospital telah diserang ransomware beberapa minggu di AS dan Britain. FBI dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri serta Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia telah memberi amaran terhadap ancaman tersebut. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda