Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan rejim korban 200 orang

    HAMMURIYEH, 20 Feb – Serangan ganas yang dilancarkan oleh kerajaan Syria telah mengorbankan kira-kira 200 orang penduduk awam termasuklah 57 orang kanak-kanak ke atas kawasan pemberontak di Timur Ghouta semalam, ketika pasukan rejim bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat, menurut kenyataan pemerhati.

    Peningkatan serangan berlaku sejurus pasukan tentera prokerajaan dijangka akan memasuki kubu yang dikawal oleh pasukan Kurdish di utara Afrin, bagi membalas serangan yang dilancarkan oleh pasukan tentera Turki di sana.

    Timur Ghouta merupakan kubu terakhir yang diduduki oleh pemberontak sejak 2012 di sekitar Damsyik dan Presiden Bashar al-Assad telah mengarahkan pasukan bantuan tentera di sana dalam usaha untuk merampas semula kawasan itu.

    Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengutuk ‘penderitaan manusia yang tidak berperikemanusiaan’, serangan udara, pelancaran roket dan artileri ke atas beberapa buah bandar di sepanjang Timur Ghouta semalam.

    Seorang anggota pertahanan awam Syria menyelamatkan seorang kanak-kanak yang tercedera dari runtuhan bangunan akibat serangan ganas yang dilancarkan oleh kerajaan Syria semalam di Timur Ghouta, Syria. – AFP

    Pemerhati bagi Hak Asasi Kemanusiaan Syria yang berpangkalan di Britain berkata kira-kira 57 orang kanak-kanak merupakan di antara 200 orang yang terkorban semasa serangan dilancarkan, manakala kira-kira 300 orang lagi mengalami kecederaan.

    Menurut ketua Pemerhati, Rami Abdel Rahman berkata tentera rejim melancar serangan bom di Timur Ghouta bagi memberi laluan terhadap pasukan tentera di darat.

    Manakala, pembangkang utama Pakatan Nasional yang berpangkalan di Turki menyelar ‘perang bagi penghapusan’ di Timur Ghouta termasuklah sikap ‘berdiam diri masyarakat antarabangsa.

    Menurutnya, ia turut menuduh sekutunya Rusia yang berusaha untuk ‘mengebumikan proses politik’ bagi menyelesaikan konflik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda