Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan roket, semua terselamat

    NEW DELHI, 16 Jan – Semua diplomat dan kakitangan India selamat dalam insiden serangan roket yang terkena kedutaan negara itu di Kabul, kata Menteri Luar India Sushma Swaraj.

    Roket itu telah terjatuh di kawasan canseri kedutaan India semalam dan menyebabkan kerosakan kecil.

    “Roket itu telah terkena bahagian atas berek tiga tingkat ITBP (Polis Sempadan Indo-Tibet).

    Tidak ada kemalangan jiwa. Semua rakyat India dan kakitangan kedutaan selamat,” kata Swaraj menerusi akaun Twitter.

    Kedutaan India terletak dalam zon diplomatik berkeselamatan tinggi di ibu negara Afghanistan.

    Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Raveesh Kumar berkata tidak ada kebakaran berlaku susulan insiden itu.

    Para pegawai India bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kedutaan negara itu menjadi sasaran serangan roket tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda