Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan siber jejas operasi penerbangan

    LONDON, 21 SEPT – Lapangan terbang utama Eropah termasuk Brussels, Berlin dan Heathrow di London kelmarin dilanda serangan siber ke atas sistem daftar masuk yang menyebabkan pembatalan dan penangguhan untuk beribu-ribu penumpang.

    Lapangan terbang Dublin dan Cork di Ireland turut terjejas, kata lapangan terbang Dublin pada X, sambil menambah ia mengalami impak kecil daripada isu perisian seluruh Eropah.

    Menurut badan pemerhati penerbangan Eurocontrol, lapangan terbang itu melaporkan gangguan dalam sistem IT yang berkaitan dengan pengendalian penumpang.”

    Kira-kira 10 penerbangan dibatalkan dari Lapangan Terbang Brussels dan 17 lagi ditangguhkan lebih sejam selepas sistem itu dilanda serangan siber Jumaat lalu, kata lapangan terbang itu.

    “Kami telah menyedari gangguan berkaitan siber pada perisian MUSE di lapangan terbang terpilih,” kata penyedia perkhidmatan lapangan terbang, Collins Aerospace kepada AFP.

    “Impaknya terhad kepada daftar masuk pelanggan elektronik dan penurunan bagasi,” tambah Collins Aerospace, yang mengatakan ia berlaku di 170 lapangan terbang di seluruh dunia.

    Lapangan terbang Brussels berkata, serangan itu masih memberi impak besar pada jadual penerbangan kelmarin. – AP

    Gambar menunjukkan papan pengumuman untuk berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Brussels di Zaventem, Belgium pad 20 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda