BEIJING, China, 30 Jun – Ekoran serangan ransomware WannaCry di seluruh dunia pada Mei, satu aliran baru serangan siber telah melanda sasaran di seluruh dunia sejak semalam. Pakar mengingatkan serangan terbaru mungkin meningkat dan bertahan lebih lama.
Pihak berkuasa Ukraine berkata semalam satu serangan siber besar telah melanda berpuluh agensi kerajaan, bank dan syarikat swasta di negara.
Laman web kabinet dan beberapa kementerian Ukraine, pengedar tenaga negara, operator perkhidmatan kereta api negara, lapangan terbang terbesar, beberapa bank dan rangkaian runcit dan bahan api telah dilanda serangan berkenaan.
Selain daripada itu, pengawasan radiasi di loji nuklear Chernobyl dilaporkan terjejas oleh serangan.
Pakar meramalkan serangan, yang telah menjejas kira-kira 80 laman web, adalah yang terbesar dalam sejarah moden Ukraine.
Perdana Menteri Ukraine Volodymyr Groysman berkata sistem maklumat tentang infrastruktur penting Ukraine tidak terjejas oleh serangan siber. – Xinhua