Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan terkini jerung cetus kebimbangan

    SYDNEY, 30 OKT – Para pengusaha pelancongan menyarankan rondaan jerung dari udara diperkenalkan di Kepulauan Whitsunday, Australia bagi membendung jumlah pelawat yang semakin berkurangan berikutan siri serangan di sepanjang Terumbu Sawar Besar.

    Seorang pelancong Inggeris kini mendapatkan rawatan di hospital selepas kakinya hancur diserang seekor ikan jerung semalam manakala seorang lagi turut kehilangan kakinya dengan serangan yang sama di lokasi snorkeling popular di rantau itu.

    Tahun lalu terdapat beberapa serangan berlaku di perairan sekitar Whitsundays, rantaian pulau yang menarik pelancong Australia dan warga asing.

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pelancongan Whitsundays, Tash Wheeler berkata, jumlah pelancong telah menurun tahun lalu, dan tidak menolak ia juga disebabkan serangan jerung. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda