Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan udara AS kena ‘pos perintah’ kapal yang dirampas – Houthi

    YAMAN, ANKARA, 17 MAC – Pesawat perang Amerika Syarikat (AS) melancarkan dua serangan udara ke atas ‘pos perintah’ Galaxy Leader, sebuah kapal yang dirampas kumpulan Houthi Yemen di Laut Merah pada November 2023, lapor saluran televisyen Al-Masirah yang bersekutu dengan Houthi kelmarin.

    Houthi tidak memberikan butiran lanjut mengenai serangan itu dan setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada AS atau Israel berhubung insiden berkenaan, menurut agensi Anadolu (AA).

    Media Israel, Walla, pada 19 November 2023 melaporkan bahawa Houthi telah merampas kapal itu, yang sebahagiannya dimiliki sebuah syarikat Israel. Tiada warganegara Israel berada di atas kapal berkenaan.

    Kapal itu dirampas oleh Houthi dan 25 anak kapalnya ditahan selama lebih setahun sebelum dibebaskan pada Januari lalu hasil pengantaraan Oman.

    Houthi memberi amaran kepada Israel pada 7 Mac supaya membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza dalam tempoh empat hari atau berdepan tindakan semula ke atas kapal berkaitan Israel. – Bernama

    Gambar diambil dari video yang disediakan oleh Tentera Laut AS menunjukkan sebuah pesawat yang dilancarkan dari USS Harry S. Truman di Laut Merah sebelum serangan udara di Sanaa, Yaman, pada 15 Mac. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda