MANILA, Filipina, 29 Jan – Seorang militan Indonesia disyaki terbunuh manakala seorang lagi suspek pengganas terkenal di Asia Tenggara dalam keadaan parah selepas terkena serangan udara Filipina pada awal serangan di selatan negara itu, kata ketua tentera hari ini.
Ketua kakitangan tentera, Jen.Eduardo Ano berkata mayat suspek warga Indonesia itu, yang dikenali dengan nama gelaran Mohisen, ditemui oleh tentera bersama dengan tiga warga Filipina, pengikut ketua militan, Isnilon Hapilon, yang mengalami kecederaan serius di pinggir bukit, kota Butig di wilayah Lanao del Sur.
Hapilon cedera di lengan dan kehilangan banyak darah selepas pesawat penggempur tentera udara, termasuk jet penggempur FA50 buatan Korea Selatan, melepaskan bedilan 500 paun (225 kilogram) pada malam Rabu dan Khamis lalu ke atas perkhemahan militan dalam serangan yang berterusan, kata Ano.
Ia adalah kali pertama FA50, yang diperoleh lewat tahun 2015 sebagai satu-satunya jet penggempur tentera, ditempatkan dalam misi gempur. – AP