DAMASCUS, 27 Julai – Serangan udara membunuh sekurang-kurangnya 43 orang awam di kawasan di bawah kawalan Islamic State (IS) di utara dan timur Syria pada Rabu, kata para aktivis.
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh akibat serangan udara di wilayah timur Deir al-Zour, kata Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia.
Lima kanak-kanak di bawah usia 18 tahun dan empat wanita adalah antara yang terbunuh apabila serangan udara menyerang bandar Mayadeen di kawasan pedalaman Deir al-Zour, kata Balai Cerap Hak Asasi Manusia. – Xinhua