ISTANBUL, 23 MAC – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan 40 lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas Lubnan kelmarin, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik sumber rasmi Lubnan. Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan lima orang termasuk seorang kanak-kanak maut manakala 11 lagi cedera dalam serangan udara Israel di bandar Touline, daerah Marjayoun, selatan Lubnan.