Wednesday, February 26, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan udara Israel ragut 8 nyawa

    GAZA, 8 JAN – Kira-kira lapan orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah rumah di barat bandar Deir al-Balah di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Palestin (WAFA) memetik sumber media tempatan.

    Menurut laporan itu, sebanyak lapan mayat dibawa ke Hospital Shuhada Al-Aqsa susulan serangan udara itu, termasuk puluhan wanita dan kanak-kanak yang turut cedera.

    Sementara itu, sebuah pesawat tentera Israel dirakam melepaskan tembakan secara rambang di pekarangan Hospital Eropah di Gaza.

    Jet itu turut menyerang bangunan-bangunan di Kolej Sains dan Teknologi yang terletak di selatan Khan Yunis, di selatan wilayah itu.

    Pada masa sama, jet pejuang Israel turut menyerang kem pelarian Al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda